Saturday, 14 June 2014

VHF vs UHF Head to Head


Dua Frekuensi ini sangat popular di gunakan di dalam dunia radio amatur serta radio dua hala (walkie-talkie).

Kebanyakan orang menganggap teknologi UHF mempunyai  kelebihan jika dibandingkan dengan VHF. Tetapi sangkaan ini adalah tidak tepat kerana perbezaan yang ketara di antara VHF dan UHV adalah dari segi  band frekuensi nya sahaja. Teknologi, prinsip dan teori asas pengoperasian bagi kedua-duanya sama sahaja.  Jadi, apakah perbezaan antara keduanya?

Bil
VHF
UHF
1
Bermaksud Very High Frequency
Bermaksud Ultra High Frequency
2
Frekuensi bermula dari 30MHz sehingga 300Mhz
Frekuensi bermula dari 300MHz sehingga 1000 Mhz
3
Digunakan di dalam penyiaran radio dan TV,  Radio kecemasan, penggunaan komunikasi ketenteraan, komunikasi  trafik udara, radio amatur
Digunakan di dalam penyiaraan TV (Digital), komunikasi satelit, telefon bimbit, telefon tanpa wayar
4
Bentuk frekuensi :

Bentuk frekuensi :

5
Disebabkan gelombang frekuensi adalah panjang, jarak penerimaan adalah jauh. Ia nya sangat popular di kalangan radio amatur.
Disebabkan gelombang frekuensi pendek, jarak  penerimaan adalah pendek. Ini menyebabkan ianya tidak sesuai dengan penyiaraan radio & televisyen kerana kos yang sangat tinggi untuk penyediaan peralatan.
6
Sungguh pun jarak penerimaan yang jauh, ianya tidak effisen di kawasan yang mempunyai kepadatan yang tinggi seperti kawasan bandar, kompleks membeli belah, kawasan hutan kerana gelombang frekuensi sukar untuk menembusi bahan-bahan pejal dan padat
Ianya sangat sesuai digunakan didalam kawasan kepadatan tinggi seperti di pusat membeli belah kerana gelombang frekuensi dapat menembusi bahan2 pejal seperti konkrit, besi, dinding tebal.
7
Pengunaan antena yang lebih panjang. Secara teori, lebih panjang pengunaan antena adalah lebih baik
Penggunaan antena yang pendek dan secara teori lebih pendek antena adalah lebih baik.
8
Berbanding UHF, peralatan VHF agak murah kerana kuasa untuk memancarkan transmisi VHF sedikit. In berbalik kepada teori asas gelombang frekuensi VHF yang rendah.
Peralatan UHF agak tinggi berbanding VHF kerana pemancaraan transmisi memerlukan kuasa yang tinggi.

P/S:  Peralatan walkie talkie adalah dinamik kerana ianya boleh memancarkan gelombang VHF  mahupun UHF mengikut keperluan, tetapi hanya satu frekuensi boleh di pancarkan pada satu masa. Sesetengah walkie talkie model mempunyai dual mode dimana ianya boleh memancarkan kedua2 frekuensi.

No comments:

Post a Comment