Friday, 19 May 2017

RADCOMM RENTAL & SERVICES

RADCOMM RENTAL & SERVICES

Dalam mana-mana majlis, cabaran utama dalam unit keselamatan majlis adalah menyelesaikan cabaran logistik. Tidak kira acara sukan, festival muzik, siaran langsung, acara seni atau majlis korporat, pelbagai masalah boleh berlaku serentak. Ditambah pula dengan ribuan orang berkumpul pada masa yang sama. Dalam situasi ini, segalanya bergantung kepada koordinasi yang efisien. Koordinasi yang efisien bermula dengan komunikasi yang berkesan.

Adakah orang yang terlibat mempunyai maklumat yang tepat pada masa yang betul? Adakah semua orang mampu untuk bergerak pantas dalam menyelesaikan masalah? Pihak yang terbabit, mesti mempunyai arah tuju dan matlamat yang jelas, keupayaan menyelesaikan masalah, bertanya soalan yang betul, dan mempunyai akses kepada infomasi terkini.

Inilah sebabnya walkie talkie menjadi alat komunikasi dan keselamatan yang sangat penting ..!!

Bayangkan jika berlaku rusuhan dalam perlawanan bola sepak yang disiarkan secara langsung, unit kawalan keselamatan dapat bergerak lebih cepat ke lokasi rusuhan. Oleh itu, peluang untuk mencegah kejadian buruk lebih tinggi.

Dalam majlis perhimpunan yang dihadiri oleh ribuan orang, ada potensi peserta akan terkena sakit jantung, tergelincir, tercekik, patah angota badan, strok haba dan sebagainya. Tiada yang dapat menggantikan fungsi walkie talkie dalam membuat panggilan kecemasan.
Oleh itu, RADCOMM RENTAL & SERVICE memberikan anda penyelesaiannya dengan menawarkan khidmat sewa walkie talkie untuk memastikan majlis anda berjalan lancar.

http://www.sewawalkietalkie.com/


Tel/WhatsApp: 019-3643716
Email: radcomm.services@gmail.com




No comments:

Post a Comment